By : Mohammad Luqman bin Mohammad Daud (D20202096245)
Terdapat pelbagai cabaran dalam proses pelaksanaan
dasar-dasar pendidikan yang terpesong dari matlamat. Antaranya ialah :
MASALAH SOSIAL
Tidak dinafikan seiring kemajuan
teknologi pada alaf ini, terdapat pelbagai gejala sosial yang timbul dalam
kalangan belia khususnya pelajar sekolah seperti vandalisme, gengsterisme,
ponteng sekolah, penggunanaan dadah tanpa kawalan dan banyak lagi. Hal ini
telah menyebabkan berlakunya kesukaran sistem pendidikan dalam membentuk
masyarakat madani yang berakhlak dan berdisiplin. Masalah sosial yang menjadi
satu fenomena modenisasi ini mampu untuk memberi impak yang besar kepada sumber
tenaga kerja dalam jangka masa panjang. Perkara ini juga menjadi penyakit yang
semakin membarah dalam kalangan masyarakat jika dibiarkan terlalu lama, ianya
mampu menghancurkan dan memusnahkan masa hadapan negara kita. Antara faktor
yang mejadi pemangkin permasalahan ini ialah pengaruh rakan sebaya, ekologi keluarga
mahupun modenisasi.
KEPELBAGAIAN KAUM
Kepelbagaian kaum telah
mewujudkan ratusan adat dan budaya yang diamalkan oleh kaum dan etnik tertentu
di negara kita. Perkara ini merupakan salah satu cabaran yang terbesar dalam
mencapai matlamat pendidikan. Menurut Stavehagen (1986), kepelbagaian budaya
merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi biudaya, etnik, agama,
amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman kepada
setiap kaum dan etnik di Malaysia. Stavehagen juga memberi tumpuan kepada tiga
perspektif iaitu :
1) Perspektif Universal
- Memahami fenomena perubahan
setiap lapisan masyarakat secara menyeluruh.
2) Perspektif Etnik
- Mengkaji permasalahan dan
konflik yang timbul dikalangan etnik.
3) Perspektif Budaya
- Merungkai cara setiap etnik
mengekspresikan budaya mereka dalam negara kita.
Perkara ini telah mewujudkan
pelbagai implikasi positif mahupun negatif dalam proses pembelajaran disekolah.
No comments:
Post a Comment