Friday, May 14, 2021

PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS




By : Nurul Zeti Akhtar bt Abd Razak (D20202096244)

PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS

- Di sekolah, usaha-usaha pembangunan insan dilaksanakan menerusi penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Malangnya dalam program PLKN, aktiviti-aktiviti pembangunan peribadi yang bertunjangkan ilmu Wahyu tidak ada. Keadaan ini menyebabkan usaha-usaha pembangunan insan tidak berterusan diantara alam persekolahan dan masyarakat. Langkah baik untuk kita ambil jika berkaitan peruntukan berjuta-juta ringgit(RM) adalah, PLKN perlu turut sama diagihkan kesemua sekolah di seluruh negara untuk melaksanakan program pembangunan insan Hal ini Dengan harapan dapatlah melahirkan insan yang cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.



- Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akhlak dan moral perlu dibina menerusi penghayatan 16 nilai murni merentas kurikulum. Malangnya sejak tahun 1998 strategi penerapan nilai-nilai murni telah diabaikan dan dilupakan. Akibatnya moral dan akhlak murid-murid dan pelajar- pelajar sekolah hari ini semakin merosot dan rosak. Oleh itu dicadangkan agar sekolah dapat mewujudkan strategi dalam mendidik pelajar dengan nilai murni sebagai satu keutamaan disekolah-sekolah



- Kelihatannya seolah-olah pendidikan Malaysia hanya memberi penekanan kepada potensi jasmani. Dengan kata lain, pendidikan lebih mengutamakan kepentingan perniagaan,keuntungan, teknologi dan industri. Penekanan yang keterlaluan lebih mengfokus kepada potensi kreatif dan inovatif yang bersifat kebendaan semata-mata. tidak hairanlah hanya potensi jasmani sahaja yang berkembang. Sedangkan potensi Rohani intelek dan emosi tidak berlaku. Pendidikan yang tidak seimbang sudah tentu akan melahirkan pelajar yang tempang.



- Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah batu asas kepada pembangunan Pendidikan menurut acuan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar pendidikan sentiasa berubah bahkan tidak merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perlantikan menteri dana pegawai-pegawai tertinggi di Kementerian Pendidikan selepas 1998 sentiasa membawa agenda baru yang perlu dilaksanakan segera. Lebih malang lagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dirujuk secara jujur. Akibatnya dasar pendidikan bertambah kabur, matlamat pendidikan tidak mempunyai fokus, kurikulum tidak mempunyai keharmonian dan seluruh sistem Pendidikan semakin tidak jelas. bagi mengatasi kepincangan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan semula secara berani dan sistematik. Siapa sahaja yang diamanahkan untuk menerajui Kementerian Pendidikan hendaklah melaksanakan Falsafah PendidikanKebangsaan dengan benar-benar ikhlas



KESAN KURANGNYA PENGHAYATANG FPK KEPADA NEGARA.

1. Melahirkan rakyat Malaysia yang tidak berketrampilan dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan kelayakan yang kurang sesuai dengan tugas.

2. Tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan kerana kurangnya penghayatan terhadap FPK.

3. Melahirkan rakyat yang tidak berakhlak . Tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk dan tidak mengamalkan nilai murni. Hal ini bertentangan dengan konsep rakyat berakhlak.

4. Melahirkan rakyat yang tidak berupaya mencapai kesejahteraan diri dan berfikiran tidak waras serta tidak tenang. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi cabaran kerana kurangnya penghayatan FPK

5. Melahirkan rakyat yang mengganggu keharmonian kerana tiada sifat cinta akan negara dan keamanan.

6. Tidak terfikir untuk menjaga kedaulatan negara disebabkan kurangnya penghayatan terhadap FPK.






RUJUKAN


Abdullah, Z. (2019). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Tanjung Malim,Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

No comments:

Post a Comment